Monday 31 May 2010

kebocoran minyak semenjak april 2010

HOUSTON: Amerika yang dikatakan mempunyai pelbagai alat moden yang canggih dan moden seperti TOPKILL rupa-rupanya masih belum mampu untuk menyelesaikan masalah pelantar minyak yang meletup semenjak satu bulan yang lalu.Sekurang-kurangnya 75.7 juta liter minyak kini memenuhi perairan Teluk Mexico sejak pelantar BP, Deep-water Horizon, meletup dan membunuh 11 pekerja, 20 April lalu, dan mengancam hidupan marin dan haiwan liar dekat pantai, industri perikanan serta pelancongan Amerika Syarikat.

Wednesday 26 May 2010

masih belum ketemu apa yang dicari???

Tahun ini 2010,sudah hampir 7 tahun aku di Bumi Kuwait...

        Spesifikasi laptop masih sama macam tahun lepas.Mula-mula masa balik Malaysia dulu nak tambah RAM,tapi laptop ni max dia hanya 2gb seperti yang asal,jadi tak dapat buat 'upgrade'.masih stay dengan Windows Vista Home Premium 32-bit,ATI grafik kad.Cuma akhir tahun lepas ade buat sedikit penambahan windows 7 Ultimate 32-bit dan akhirnya menjadi dual-OS,speaker Logitech 2.1,skrin 15.3 inch,microphone Genius,webcam Creative.

Tuesday 25 May 2010

penapis internet- elak dari bahan-bahan tidak bermanfaat

 Rasanya best jugak nak berkongsi dengan pembaca setia blog ana ni berkenaan kemahiran komputer yang ada pada diri....insyaALLAH ana akan cuba luangkan sedikit masa untuk berkongsi dengan antum beberapa perkara yang bermanfaat.
              Kali ini perkongsian ana adalah berkenaan penapis internet,yelah,,bila segalanya di hujung jari anda ni...memang semua benda dapat buat...ana kadang2 terfikir,kalau orang tu iman dah kuat rasanya tak perlulah program2 penapis ni...tapi ana nak pesan kat antum semua..syaitan akan cuba untuk sedaya upaya membawa kita ke jalan yang dimurkai ALLAH...jadi ingin ana kongsi dengan antum software2 /program-program menarik yang dapat menapis perkara-perkara yang tidak elok walaupun bukan 100%..yang penting usaha kena ada..kan3

Tuesday 18 May 2010

Takdir yang perlu diterima

          Semakin jauh aku dengan qur'an semakin gusar hatiku,itulah yang aku rasa ketika ini...Aku selalu sibuk dalam hal-hal yang berkaitan dengan persatuan,semakin sibuk aku,semakin takut ku rasa,takut kerana banyak masa yang aku habiskan tidak untuk muraja'ah al-qur'an yang sepatutnya menjadi kewajipan seorang hafiz al-qur'an....

         Aku tercari-cari ketenangan untuk diriku,pada mulanya,mungkin aku rasa aku terlalu pinggirkan sahabat-sahabatku,namun bila itu telah ku tunaikan,aku masih tidak ketemu dengan ketenangan hati yang ku harapkan...dan aku yakin ketenangan itu terletak pada al-qur'an.dialah bakal menjadi peneman hidupku di alam barzakh kelak dan di akhirat kelak insyaALLAH.