Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi maha Penyayang...
Gambar hiasan seorang graduan dari kolejku tahun lepas.. ^_^
Pada ketika ini,semua pelajar malaysia khasnya dan melayu amnya yang sedang menuntut di bumi Kuwait sedang sibuk dengan exam. Peperiksaan kadang² merupakan sesuatu yang ditakuti oleh sesetengah pelajar.Dan ana yakin sebilangan besar pelajar Malaysia di sini tidak takut dengan peperiksaan kerana boleh dikatakan mereka yang datang ke Kuwait ini bukan calang² pelajar (kecuali ana ^_^).Perkara ini memang tidak dapat dinafikan memandangkan terdapat sumber yang boleh dipercayai mengatakan pelajar malaysia di peringkat sekolah menengah majoritinya telah memperolehi 90% ke atas dalam ujian bulanan lepas.(tahniah!).

