Wednesday 31 March 2010

Perubahan Di Sakanku

            assalamualaikum,


Setelah menyepi sekejap..kini terasa nak tulis sedikit catatan di diari perkongsian....hampir 3 minggu kebelakangan ini,sebenarnya ana agak sibuk...banyak perkara yang sentiasa bermain di fikiran..bukanlah berkenaan persiapan perkahwinan atau pertunangan...tapi berkenaan apa yang berlaku di asrama tempat ana tinggal.
Ana yakin semua perkara yang berlaku memberi pengajaran kepada pelajar asrama amnya...dan seterusnya kepada diri ana khasnya...banyak kesenangan yang selama ini kami rasa telah ditarik atas sebab2 tertentu.ada kala terasa sengsara,namun bila difikir buat kali ke-2 memang besar hikmahnya...

alhamdulillah...kelmarin kami di pihak kepimpinan asrama seramai 4 orang telah duduk semeja dengan ra'is kismul iskan dan musai'd  amid dan telah membincang banyak perkara merangkumi apa yang terjadi di asrama yang selama ini tidak mereka ketahui.perbicangan tersebut berakhir dengan baik dan banyak ilmu telah kami perolehi terutama ketikamana kami di badan kepimpinan yang mempunyai latar belakang dari negara yang berbeza2...banyak penjelasan telah kami berikan...

Hari ini,sehari setelah mesyurat ternyata ada perbezaan dapat dilihat...dan banyak tindakan telah diambil...moga-moga pengajaran ini bukan sahaja untuk kami tapi untuk semua agar menghargai dengan baik setiap kemudahan2 yang diberikan kepada kami.

best regards,

0 comments:

Post a Comment