Sunday 1 January 2012

Jom Santai Bersama GeMS di dataran shah alam 31 Disember 2011

Bismillahirrahmaanirrahiim..

          Setelah menyepi sekian lama,hari ini terdetik dalam diri untuk mengisi ruang blog ana dengan artikel pertama bagi tahun 1433 hijrah bersamaaan 2012 masihi.

           Program yang di anjurkan di dataran Shah Alam telah menarik perhatian sekurang-kurangnya 80 ribu orang telah memecah tradisi dan unik untuk diperkatakan...



           Menurut kajian yang dijalankan perbezaan yang amat ketara jika dibandingkan dengan program yang di anjurkan di I-city iaitu sekurang2nya 5 ribu orang benar-benar telah menunjukkan transformasi bukan sahaja dari segi ekonomi malah rakyat Malaysia secara umumnya...

           Dengan pertambahan kecanggihan internet dari masa ke semasa,ini telah memudahkan informasi disampaikan terus kepada semua.Semakin hebat internet maka semakin majulah juga hacker-hacker white hat dan black hat.Seperti yang kita sedia maklum, syarikat gergasi amerika Apple telah melakukan beberapa langkah bijak bagi menangani/melindungi produk mereka...antaranya ketika jailbreak & unlock iphone rancak dijalankan di internet beberapa tahun kebelakangan,hari ini pihak hackers mendapat cabaran baru yang lebih hebat dalam meng-unlock iphone,salah satu produk canggih apple yang dikagumi semua.

           Berbalik kepada tajuk post kali ini,berikut adalah video-video FULL HD yang sempat diterbitkan sepanjang sambutan GeMS yang mengejutkan dan membuka minda remaja-remaja yang beramal dengan ilmunya!


      video di bawah memuatkan hampir keseluruhan perbualan 2 orang tokoh yang berasal dari latar belakang berbeza,tetapi dari negeri yang sama.

          Apa yang menarik di sini dan yang ingin ana perkatakan adalah golongan2 ulama' ilmu-ilmu mereka sebenarnya bukan sahaja dalam bidang-bidang ugama malah lebih dari itu..(cth:tok guru nik aziz bukan sahaja hebat dalam ilmu agamanya)sila baca biografi tok guru...)akan tetapi mereka memilih agama sebagai asas dalam kehidupan mereka kerana mereka sedar itulah sebaik-baik pilihan...Maka,beruntunglah mereka yang telah membuat pilihan ini dan yang baru sedar dan terus berubah untuk kembali kepada jalan yang diredhai ALLAH(cth:sham kamikaze dan lain-lain)...Ingat,hidayah dan kasih sayang ALLAH perlu sentiasa di cari dan diperbaharui sahabat,kerana berapa ramai yang telah menjadi sebaliknya!
Sekian,

0 comments:

Post a Comment

 

©2012 diari perkongsian ツ | by TNB