Sunday 29 January 2012

khas buat kekasih insan yang paling ku cintai...






Wahai Tuhanku, kami telah lalai dan lupa (daripada mengingatiMu),
Namun setiap orang daripada kami tetap tamakkan,
Keampunan-Mu, dan sifat pemurah-Mu dan kebebasan daripada neraka-Mu,
Dan juga kami tamakkan syurga, yang dimasuki bersama-sama penghulu seluruh manusia.

Kami mohon pada-Mu…
Mohon dengan sangat, wahai Tuhanku,
Dari sudut hati kami yang paling dalam…

Kalaulah kekasih-Mu (Nabi Muhammad), masih berada bersama-sama kami,
Akan terlunaslah segala hutang dan semakin hampirlah
dengan haruman Baginda, sebelum hilangnya,
rasa yang meronta-ronta untuk berada hampir dengan Kekasih-Mu.

Berada berhampiran Baginda, jiwa turut menjadi harum
Dan apa jua yang kalian doakan kepada Allah, akan diperkenankan,
Cahaya Nabi Muhammad tidak akan pernah sirna (malap apatah lagi terpadam),
Sempatkanlah kami bertemu dengan Baginda (walaupun di dalam mimpi),
Wahai Tuhan yang Maha Memperkenankan doa hamba…

Hidayahmu kepada alam merata meluas,
Tanda hampirnya kasih sayang Tuhan pemberi hidayah,
Hadith-hadithmu ibarat sungai mengalir jernih,
Berada di sisimu bagaikan dahan yang tumbuh segar dan basah.

Kutebus diriku dengan dirimu, wahai Kekasihku,
Nabi Muhammad yang mulia, yang ganjil (kerana tiada manusia yang serupa denganmu),
Berada berhampiranmu, jiwa menjadi harum,
Wahai yang diutuskan sebagai tanda kasih sayang Tuhan kepada seluruh alam….

Wahai Kekasihku, wahai Nabi Muhammad
Wahai tabib (orang yang mampu mengubat masalah penyakit) hatiku, wahai yang dipuji dan dipuja
Dirimu memiliki kelebihan yang diakui
Oleh Tuhan yang turut berselawat ke atasmu.

0 comments:

Post a Comment