Saturday 9 January 2010

Adakah Kita Sentiasa Mengamalnya

 Kisah ini ana terbaca di website iluvislam...letak dalam diari semoga dapat dijadikan peringatan buat diri ini dan sahabat2 semua...
Pada suatu hari Rasulullah s.a.w bertanya kepada para sahabat...


" Siapakah di antara kamu yang menghidupkan malamnya? "

Salman al-Farisi menjawab, " Saya, ya Rasulullah. "

Rasulullah bertanya lagi,

" Siapa yang berpuasa penuh pada setiap bulan ? "

Salman al-Farisi menjawab,

" Saya ya, Rasulullah. "

Rasulullah kemudian bertanya,

" Siapa yang khatam al-Quran pada setiap hari ? "

Salman al-Farisi menjawab lagi, 
" Saya, ya Rasulullah. "

Sahabat-sahabat yang lain berasa hairan akan jawapan Salman al-Farisi. Mereka berkata bahawa mereka tidak pernah nampak Salman al-Farisi membuat semua itu. Rasulullah s.a.w kemudiannya menyuruh Salman al-Farisi memberi penjelasan akan jawapannya itu. Salman al-Farisi menjawab,

" Aku pernah mendengar kekasihku, Rasulullah s.a.w. bersabda, sesiapa yang tidur dalam keadaan berwudhu', seolah-olah dia telah ihya' (menghidupkan) malamnya. Baginda juga pernah bersabda setiap amal kebajikan akan dibalas dengan 10 kebaikan. Aku puasa 3 hari pada setiap bulan sama dengan aku berpuasa 30 hari (sebulan). "

Rasulullah s.a.w mengiakan kata-kata Salman al-Farisi.

" Aku juga pernah mendengar Baginda bersabda sesiapa yang membaca "Qulhuwallahu Ahad" (surah al-Ikhlas) seolah-olah dia membaca 1/3 al-Quran. Aku membacanya 3 kali setiap hari. Ini seolah-olah aku telah khatamkan al-Quran. "


sumber*
 

0 comments:

Post a Comment