Tuesday 18 January 2011

Perkongsian ilmu

Alhamdulillah,pagi ini tergerak jari-jemariku untuk menulis artikel.Setelah difikirkan eloklah jarang-jarang ku isikan blog ini dengan fakta ilmu yang bermanfaat walaupun tidak sikit tapi banyak pun ok jugak.


Perkongsian kali ini adalah berkenaan internet.Bila kita sebut pasal internet pastinya semua tak terkecuali dari menggunakan pelayar web.Pelayar web sebagai contoh merangkumi IE(internet explorer),Mozilla firefox,Google chrome,Safari dan banyak lagi.



Thursday 6 January 2011

Exam, exam and exam

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi maha Penyayang...

  Gambar hiasan seorang graduan dari kolejku tahun lepas.. ^_^  
         Pada ketika ini,semua pelajar malaysia khasnya dan melayu amnya yang sedang menuntut di bumi Kuwait sedang sibuk dengan exam.
        Peperiksaan kadang² merupakan sesuatu yang ditakuti oleh sesetengah pelajar.Dan ana yakin sebilangan besar pelajar Malaysia di sini tidak takut dengan peperiksaan kerana boleh dikatakan mereka yang datang ke Kuwait ini bukan calang² pelajar (kecuali ana ^_^).Perkara ini memang tidak dapat dinafikan memandangkan terdapat sumber yang boleh dipercayai mengatakan pelajar malaysia di peringkat sekolah menengah majoritinya telah memperolehi 90% ke atas dalam ujian bulanan lepas.(tahniah!).