Sunday 5 December 2010

Doa Awal dan Akhir Tahun 1431H/1432H

DOA AKHIR TAHUN HIJRAH

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata
"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan
aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"

Sunday 28 November 2010

Haji 1431H dalam kenangan!

Bismillahirrahmaanirrahiim...

       Diari selepas haji:
Alhamdulillah,dalam keadaan susah payah akhirnya selesai juga ibadah rukun islam:(4) Menunaikan haji ke Baitullah.InsyaALLAH akan cuba berkongsi apa yang terdaya untuk perkongsian bersama.... ^_^


sedikit gambar³ kenangan di tanah suci alharamain.

 ni mase mula² sampai kat asrama pelajar sekolah menengah...tempat yang penuh dengan kenangan sampai bila²...insyaALLAH ^_^

Thursday 4 November 2010

sebelum berangkat ke....

Bismillahirrahmaanirrahiim...

Suasana sejuk di pagi hari ketika ini pukul 12.31 pagi waktu Kuwait dengan suhu yang unik 18 darjah memberi sedikit ketenangan kepadaku untuk menulis beberapa ayat-ayat kasihku pada sahabat semua.

InsyaALLAH hari ini hari jumaat diriku akan berangkat ke tanah suci.Pelbagai perasaan singgah di hatiku...takut,gembira,kurang keyakinan,sedih tapi apepun perasaan syukur tetap sentiasa aku tetapkan di hatiku.Di kesempatan ini aku memohon semua bentuk kemaafan yang semampunya dari semua insan yang telah mengenaliku sepanjang 22 tahun kehidupan sementaraku ini.

Walaupun ketika ini aku kurang sibuk,namun masa yang ada selama 24jam sahari terasa masih kurang cukup bagiku...banyak yang telah ku tinggalkan sejak 3 bulan kebelakangan ini...Ramai kawan-kawan yang jarang dapat ku temui kebelakangan ini walaupun tinggal hanya beberapa langkah!.Sebab untuk kemaslahatan ummat perlu dilebihkan.Ya itulah sebabnya!

Sunnguh ^_^,,,,ku sangat rindukan zaman yang pernah ku lalui dulu.Cuma diri ini kekadang btul2 terasa sunyi..terasa rindu sangat...semoga ALLAH sentiasa cukupkan kasih sayang Nya terhadap hamba-hambaNya yang bersyukur!

Sunday 5 September 2010

Pengalaman Buka Puasa


Hari ini terasa diri terpanggil untuk menulis berkenaan majlis berbuka puasa yang telah dihadiri sepanjang bulan ramadhan.Apa yang menarik,terdapat 2 tempat yang telah ana hadiri dan kedua-dua tempat ini cukup berbeza untuk dibandingkan…

1)Siapa yang tak kenal dengan hotel Felda Residense  di Kuala Terengganu yang mempunyai aras dan ketinggian melebihi 19 tingkat ni..
 ~Hotel Felda Residense,Kuala Terengganu~

Saturday 4 September 2010

Belajar Bahasa Ibunda

1. Guaner Gamok = Apa khabar

2. ape ke jadah = apa hal

3. ayor dok ayor gok = ia tidak / sesungguhnya

4. atu = hantu

5. atur kecing = sssshhh ssshh!!! supaya bayi kencing

6. apah nyor = hampas kelapa

7. anguh letong = sangat hangus

8. agah/beragah = org kecik jenis berani

9. air geh tujuh yu-pi = air 7UP(kole beghang)

10. air tuak = air nira

11. amok reng = malas nak tolong

12. air chor = air basuhan bertakung dari dapur

Tuesday 24 August 2010

Kucing Peliharaanku (Birman)

Baru-bari ini ana telah membeli seekor kucing birman...memang dah lama ana idamkan kucing pelik ni...ade warna hitam kat setiap hujung anggota dia...huhu...subhanaALLAH..cantik sungguh ciptaan ALLAH ini...

berikut adalah maklumat berkenaan kucing spesis ni...Selamat membaca!
The Birman is a domestic cat breed. Also called the "Sacred Cat of Burma" it is not to be confused with the Burmese, which is a separate and dissimilar breed. The Birman has a pale coloured body and darker points with deep blue eyes. Even though the cat is pointed, the color of the paws are white. The Birman breed is recognized by the Cat Fanciers' Association Canadian Cat Association (CCA).

Abraj Al-Bait (Menara Jam Makkah)



The Abraj Al Bait Towers, when completed, will be located in Mecca, Saudi Arabia. It will be the biggest (not tallest) building in the world by mass, it will be the tallest building in Saudi Arabia and one of the tallest buildings in the world, surpassing the Petronas Towers in Kuala Lampur, Malaysia which held the title as world’s tallest building between 1998 and 2003.

Monday 23 August 2010

Nikah Khitbah


 Antara kaedah mempermudahkan proses perkahwinan ini ialah Nikah Khitbah atau dalam bahasa mudah disebut oleh masyarakat kita sebagai Nikah Gantung . Nikah Khitbah adalah sama seperti nikah biasa mengikut hukum dan perundangan Islam yang mempunyai 5 rukunnya iaitu :

Wednesday 11 August 2010

Awas!!! tipu daya dunia

bismillahirrahmaanirrahiiim,

Sepanjang bulan ramadhan ini,elok jugak kita isikan masa2 kita dengan perkara-perkara yang berfaedah antaranya tadarus al-qur'an...di sini ana nak selitkan jugak tazkirah yang telah disampaikan oleh ustaz azhar idrus,orang ganu kite :D


Monday 14 June 2010

Kenali Junjungan Besar Kita


Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.

· Tarikh lahir: Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571. Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah).

· Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.

Tuesday 1 June 2010

umma-united VS facebook???

Facebook. Siapa tidak pernah dengar nama ini? Mungkin agak ganjil atau ketinggalan zaman bagi sesiapa yang tidak mengetahui tentang Facebook, khususnya golongan muda. Nama singkatannya, "FB".

Umma United. Siapa yang pernah dengar? Mungkin tidak ramai yang tahu atau baru sahaja tahu. Ia lebih mesra dengan panggilan manjanya iaitu "umma" atau "UU".


Monday 31 May 2010

kebocoran minyak semenjak april 2010

HOUSTON: Amerika yang dikatakan mempunyai pelbagai alat moden yang canggih dan moden seperti TOPKILL rupa-rupanya masih belum mampu untuk menyelesaikan masalah pelantar minyak yang meletup semenjak satu bulan yang lalu.Sekurang-kurangnya 75.7 juta liter minyak kini memenuhi perairan Teluk Mexico sejak pelantar BP, Deep-water Horizon, meletup dan membunuh 11 pekerja, 20 April lalu, dan mengancam hidupan marin dan haiwan liar dekat pantai, industri perikanan serta pelancongan Amerika Syarikat.

Wednesday 26 May 2010

masih belum ketemu apa yang dicari???

Tahun ini 2010,sudah hampir 7 tahun aku di Bumi Kuwait...

        Spesifikasi laptop masih sama macam tahun lepas.Mula-mula masa balik Malaysia dulu nak tambah RAM,tapi laptop ni max dia hanya 2gb seperti yang asal,jadi tak dapat buat 'upgrade'.masih stay dengan Windows Vista Home Premium 32-bit,ATI grafik kad.Cuma akhir tahun lepas ade buat sedikit penambahan windows 7 Ultimate 32-bit dan akhirnya menjadi dual-OS,speaker Logitech 2.1,skrin 15.3 inch,microphone Genius,webcam Creative.

Tuesday 25 May 2010

penapis internet- elak dari bahan-bahan tidak bermanfaat

 Rasanya best jugak nak berkongsi dengan pembaca setia blog ana ni berkenaan kemahiran komputer yang ada pada diri....insyaALLAH ana akan cuba luangkan sedikit masa untuk berkongsi dengan antum beberapa perkara yang bermanfaat.
              Kali ini perkongsian ana adalah berkenaan penapis internet,yelah,,bila segalanya di hujung jari anda ni...memang semua benda dapat buat...ana kadang2 terfikir,kalau orang tu iman dah kuat rasanya tak perlulah program2 penapis ni...tapi ana nak pesan kat antum semua..syaitan akan cuba untuk sedaya upaya membawa kita ke jalan yang dimurkai ALLAH...jadi ingin ana kongsi dengan antum software2 /program-program menarik yang dapat menapis perkara-perkara yang tidak elok walaupun bukan 100%..yang penting usaha kena ada..kan3

Tuesday 18 May 2010

Takdir yang perlu diterima

          Semakin jauh aku dengan qur'an semakin gusar hatiku,itulah yang aku rasa ketika ini...Aku selalu sibuk dalam hal-hal yang berkaitan dengan persatuan,semakin sibuk aku,semakin takut ku rasa,takut kerana banyak masa yang aku habiskan tidak untuk muraja'ah al-qur'an yang sepatutnya menjadi kewajipan seorang hafiz al-qur'an....

         Aku tercari-cari ketenangan untuk diriku,pada mulanya,mungkin aku rasa aku terlalu pinggirkan sahabat-sahabatku,namun bila itu telah ku tunaikan,aku masih tidak ketemu dengan ketenangan hati yang ku harapkan...dan aku yakin ketenangan itu terletak pada al-qur'an.dialah bakal menjadi peneman hidupku di alam barzakh kelak dan di akhirat kelak insyaALLAH.

Wednesday 31 March 2010

Perubahan Di Sakanku

            assalamualaikum,


Setelah menyepi sekejap..kini terasa nak tulis sedikit catatan di diari perkongsian....hampir 3 minggu kebelakangan ini,sebenarnya ana agak sibuk...banyak perkara yang sentiasa bermain di fikiran..bukanlah berkenaan persiapan perkahwinan atau pertunangan...tapi berkenaan apa yang berlaku di asrama tempat ana tinggal.

Wednesday 10 March 2010

muhasabah cinta

            "Alangkah indahnya hidup ini"...


             Rasa2 nyer kata2 itu adalah kurang tepat untuk digambarkan dan ditulis oleh sesiapa?mengapa ek?emm...Mestilah!...Hidup yang bersifat sementara,pastinya keindahan itu pun hanya bersifat sementara..mana yang akan kita pilih,keindahan yang bersifat sementara ataukah yang kekal abadi....

Sunday 7 March 2010

Kisah Tauladan

Ada kisah masa zaman Nabi Musa..
Time tu kemarau dasyat amat, sehinggakan umat Nabi Musa
meminta Nabi Musa ntuk memohon pada Allah agar diturunkan hujan..
Berkumpul la semua pengikut Nabi Musa di satu kawasan lapang..
Maka, Nabi Musa pun berdoa.. Tapi, hujan masih tak turun2..
Bertanyalah Nabi Musa pada Allah,"Kenapa ya Allah?"
Allah pun berkata,"Sesungguhnya Musa, di dalam kelompok pengikutmu, ada seorang hamba-Ku yang telah bermaksiat kepada-Ku selama 40 tahun.. Kerana dia, hujan tidak akan turun. Keluarkan dia dari kelompok itu.."

Thursday 4 March 2010

Kenangan liga bolasepak PPMK semester pertama

Alhamdulillah...

                Rasa seperti sudah terlalu banyak memori yang tersimpan dalam hardisku...kan elok kiranya letak dalam blog sekadar dijadikan diari perkongsianku bersama semua...Di sini memandangkan diri sedang mula berjinak-jinak dengan beberapa software yang boleh dianggap advanced...antara software yang sedang ana kaji adalah:
1)adobe premiere pro
2)sony vegas

Tuesday 16 February 2010

musim nasyid maher zain!

Bismillahirrahmaanirrahiim...
              Musim percutian sudah hampir tiba ke penghujung..namun masih banyak idea yang ingin cuba direalisasikan...
              Berbalik kepada tajuk,nampaknya semenjak dua menjak kini, tanpa disedari ramai,satu budaya baru telah muncul dikalangan pelajar2 malaysia di kuwait ni...

Monday 15 February 2010

CERPEN: ANTARA PENGORBANAN CINTA DAN ILMU.

(Berdasarkan Sebuah Kisah Benar)
KAWIN MUDA ANTARA
PENGORBANAN CINTA
DAN ILMU.






Kisahnya bermula dengan dua pasangan Hafiz dan Hafizah yang berkenalan atas dasar cinta agama yang ada pada diri mereka dan mereka adalah Mohd (bukan nama sebenar) dan Aisyah (bukan nama sebenar)....



Tuesday 9 February 2010

Rahsia Solat

klik untuk memilih jawapan yang paling sesuai buat diri kita
 
Pertama

Solat merupakan dakwah lisan dari Allah SWT kepada manusia. Dimana akan kedengaran azan berkumandang setiap lima kali sehari.

Friday 5 February 2010

Kejayaan Buat Terengganu...


SEORANG pelajar ijazah doktor falsafah (PhD) dari Malaysia di University of Leeds dipilih sebagai penerima The Queen Anniversary Awards apabila kajiannya mengenai sistem pemantauan dan pengawalan pencemaran udara di kawasan bandar mendapat pengiktirafan Kerajaan United Kingdom.

Sunday 31 January 2010

Sehari di Padang Pasir Kuwait

                 Pagi2 lagi kami dah kena bertolak...perjalanan yang mengambil masa 50 minit itu terasa dekat apabila dipenuhi dengan gelak ketawa gurauan syabab asrama yang tinggal bersamaku...Walaupun aku pergi dari pintu ke pintu untuk kejut syabab yang masih tidur(maksud ana...yang tidur lepas subuh huhu..^_^) memang penat...mundar-mandir...lagi2 kejut syabab yg berlainan negara...ade sorang kwn ana tu..bleh kata best fren sbb kalau jumpa dia..mesti ana tergelak terus..pagi tu marah plak sbb ana ketuk kuat2..hehe...kesian plak dier..huhu...


Wednesday 27 January 2010

iluvislam memecah rekod terbaru kelmarin

              Alhamdulillah...bila mendapat berita dari tuan presiden,memberitahu yang iluvislam telah mendapat jumlah pelawat tertinggi kelmarin iaitu pada 27hb...memang agak gembira...

Saturday 9 January 2010

Adakah Kita Sentiasa Mengamalnya

 Kisah ini ana terbaca di website iluvislam...letak dalam diari semoga dapat dijadikan peringatan buat diri ini dan sahabat2 semua...
Pada suatu hari Rasulullah s.a.w bertanya kepada para sahabat...

Sunday 3 January 2010

Menara Kuwait