Monday 7 December 2009

Muhasabah Diri

"Sesungguhnya ALLAH menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil.Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu.Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat"
-An-Nisaa':58

Friday 27 November 2009

Kenangan Aidil Adha 2009 di Kedutaan Malaysia

               Bismillahirrahmaanirrahiim,
                     Hari raya aidil adha kali ni yang sememangnya sudah lebih 5 tahun ana menyambutnya di perantauan telah menjadi kebiasaan buat diri ini...perasaan rindu dengan keluarga tersayang agak surut sedikit..kenapa yee?mungkin sebab tanggungjawab yang dipegang sentiasa bermain di dalam fikiran...
                    Teringat ana pada pesanan seorang abg senior dari singapore yang kini sedang menuntut di Malaysia ketika ini,dia pernah berpesan kepadaku utamakan 2 perkara dalam kehidupan kita,agar mudah-mudahan hidup kita sentiasa bahagia di dunia dan akhirat...  Apakah 2 perkara itu..katanya:
1-agama
2-keluarga
             
               Hari ini kata-kata itu singgah kembali di ingatanku...cuma baru terasa masa untuk keluarga,masa untuk kawan-kawan tidak dapat ana berikan seperti dulu....KENAPA?memang ana perlu sedar nak tak nak memang ana perlu melaluinya kerana ana tahu dan yakin jawapan tersebut mesti ade kaitan dengan post ana yang lepas..




khusyuk bertakbir
            
Walaubagaimanapun...ingin ana beritahu,walau sesibuk manapun diri memandangkan kita semua hanya mempunya 24 jam sehari,jadi ana ingin beritahu semua syabab dan juga sahabat-sahabat yang berada di seluruh dunia yang membaca post ini...yang ...........jauh di sudut hati ana, ana sentiasa teringatkan antum...ana sedar yang ana mempunyai ramai kawan,sehinggakan ade yang dah terlupa nama{harap-harap pembaca yang mengenali diri ana ni,ana masih ingat lagi nama dia}hehe...



semua pelajar IMPEMAS sedang beramah mesra setelah usai menunaikan solat hari raya



 pelajar Malaysia bergambar bersama pelajar singapura



bergambar bersama sahabat-sahabat se-batch 2003

Di kesempatan ini ana mengucapkan Selamat menyambut Hari Raya Eidul Adha maaf zahir dan batin buat semua sahabat-sahabat tidak kira di mana jua antum berada!!!

Thursday 5 November 2009

3 jawatan presiden???mustahil atau tidak?

bismillahirrahmaanirrahiim...

         Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita nabi Muhammad s.a.w...


        Benar atau tidak nie?minggu lepas aku dicalonkan oleh seseorang yang tidak aku ketahui identitinya yang mencalonkan aku untuk bertanding di jawatan presiden di asrama overseas student...memang agak mengejutkan kerana berita ini hanya dapat aku ketahui apabila sedang mengundi..huhu...namaku ade jugak???namun aku harap bukan aku yang akan dipilih sebagai presiden...ini kerana masih ramai syabab yang lebih hebat dariku...

       Namun apa yang disangka ternyata silap apabila tiba-tiba sebuah iklan tertera kalimah mabruuk(tahniah) dan termaktub namaku di iklan tersebut...hatiku serta-merta dalam kekalutan...aku berfikir...mana mungkin seseorang pelajar dapat pegang 3 jawatan presiden persatuan sekaligus..mustahil!

     Aku bertekad untuk meminta pendapat beberapa individu dan jawapan yang diteima olehku bila dikatakan 50-50...camana ni???memang aku agak resah,keresahan yang sukar dibayangkan..bukan resah sbb bangga..tapi resah jika amanah yang diberikan tidak dapat aku tunaikan...

      Di dalam keresahan itulah datangnya sahabatku yang sudah bertahun aku mengenalinya dan sempat aku meluahkan keresahanku ini kepadanya..mula-mula memang dia agak terkejut,,,namun setelah dia merenung kata-kataku...dia memesan kepadaku."teruskan memegang jawatan tersebut,mungkin anta dapat terus menegakkan agama kita dan membantu syabab muslim ke arah yang lebih baik".aku tahu syabab yang aku pimpin sekarang bukan sahaja syabab malaysia,malah syabab melayu dan africa termasuk arab sekali...ini kerana naib presidenku dari oman dan setiausaha peribadiku dari senegal...ape yang ana tulis kat diari ni bukan nak menunjuk,tapi kewajipan yang mesti ana tunaikan...

         Ana pun berfikir sendirian...memang betul,dengan kuasa sebeginilah kita dapat membantu untuk memimpin manusia lain ke arah yang kita mahukan...tidak kiralah samada ke arah kebaikan mahupun sebaliknya(na'uzubillah)...,apa yang kita harapkan tidak akan mampu kita lakukan dan tidak akan mampu kita rialisasikan jika hanya memadai dengan perbualan mulut kita sahaja...bukan maksudku untuk mengatakan kuasa adalah segala-galanya,semua benda yang kita rancang tidak akan terjadi tanpa izin dari dari ALLAH,,jangan kita sekali-kali lupa perkara tersebut.

        Setelah penat berfikir,aku beritahu kat diriku tak apalah,kita pegang jawatan ni dan kita cuba apa yang termampu...aku yakin ALLAH tidak akan menguji hamba-Nya dengan ujian yang hamba itu tak mampu...

        wahai sahabat-sahabat.sama-sama kita mendoakan semoga hidup kita di dunia ini sentiasa di bawah keberkatanNya.dan ana harap sama-sama kita saling mendoakan antara kita... Aku yakin masih banyak ujian yang perlu aku tempuhi di dalam meredah perjuangan kehidupan fana ini yang bersifat sementara...

waALLHUa'lam..wassalam.

Saturday 31 October 2009

kenangan ringkasku berkenaan حفلة استقبال الطلبة الجدد

Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita nabi muhammad S.A.W...

                Alhamdulillah bersyukur kepada ALLAH subhanahuwata'ala kerana di atas segala limpah kurniaNya dapat sama-sama kita menjayakan satu program PPMK(Persatuan Pelajar Melayu Kuwait) yang boleh dianggap 3 dalam 1 yang mana sebenarnya terdiri dari majlis menyambut pelajar baru,aidilfitri,dan pertemuan dengan 3 orang pensyarah dari Malaysia...alhamdulillah...

  
  persiapan kami sebelum haflah dimulakan


              Di bawah ni ana letak gambar jama'ie...cuma yang sedihnya gambarku tiada bersama-sama syabab yang aku sayangi ni..hehe..takpelah redha jelah...apa yang mengembirakan adalah kali ini kami mendapat sponsor khas dari wizarah aukof(وزارة الأوقاف) berkenaan hadiah dan aku mengucapkan terima kasih kepada mereka di atas hadiah yang dikatakan agak mahal sehingga mencecah ratusan ringgit nii...


kasih ukhuwwah tetap terjalin walaupun kami dari negara yang berlainan
~inilah wajah-wajah baru pelajar PPMK~

            Pada malam tersebut juga,bermulanya dauri bola(liga melayu yang merupakan aktiviti tahunan PPMK turun-temurun)...memang seronok sangat bersama dengan syabab hari tu...mungkin boleh dikatakan pengalaman paling manis setakat ini..hehe~emosion siket~...dan insyaALLAH semoga aktiviti yang akan berlangsung selepas ini bakal meninggalkan kenangan lebih manis lagi...


makanan yang disediakan oleh akh zulhakim dan akh syahrul tidak dapat aku nafikan kelazatannya...alhamdulillah...terima kasih..

           Dan kepada AJK PPMK yang membaca postku ini,aku merakamkan penghargaan kepada antum semua di atas komitmen yang telah diberikan,juga terima kasih kepada ahli Majlis Syura' yang sentiasa bersedia untuk membantu dalam apa jua keadaan,dan terima kasih kepada semua ahli PPMK yang sentiasa memberi sokongan kepadaku untuk sama-sama kita berusaha untuk meninggalkan kenangan semanis mungkin sepanjang perjalanan hidup kita di bumi Kuwait ini.Tidak akan sekali-kali ku lupakan sokongan dari sahabat-sahabat yang se-batch denganku yang sentiasa memahami keadaan ku dan ingin ku ungkap di sini mereka adalah akh syam,akh luqman,akh farhan...


inilah muka-muka cute ahli PPMK tahun 2009/2010


         Apepun,yang penting ana harap kita semua sentiasa mendoakan semoga persatuan melayu ini akan terus maju insyaALLAH...



-inni uhibbukum fillah-
abdussalam


Sunday 18 October 2009

demam...

bismillahirrahmaanirrahiim

selawat dan salam ke atas junjungan besar kita nabi muhammad S.A.W...

Ketika perancanganku utk 2 persatuan sedang rancak dijalankan,tiba-tiba setelah tiga hari selsema,takdir ALLAH memberitahu yang aku demam hari ni.mase tu hari jumaat.memang agak kesian,namun aku redha kerana itu adalah takdir dr tuhanku.sepatutnya hari tu aku mesti menghadiri jemputan rumah terbuka pakcik Zaid,namun sejam sebelum berlangsungnya majlis tersebut,aku nekad menelefon pakcik tersebut utk memberitahu yg aku tidak dpt hadir kerana badanku terlalu lemah pada ketika itu...

Selepas menunaikan solat maghrib aku terus mengambil keputusan utk ke klinik berdekatan dan kawanku Zakaria dr Chad bersetuju menemaniku.alhamdulillah aku tidak sendirian.tibanya aku di klinik kerajaan(mustawsaf) tersebut,aku hanya diperiksa dalam waktu kurang dr 30 saat...memang agak melucukan utk dicerita namun itulah hakikatnya...

Aku dan kawanku tidak berpuas hati dengan layanan tersebut.Kebetulan setelah tiba di asramaku,aku terserempak dengan kawanku yg sedang mengambil course nursuring,lalu aku minta nasihatnya...dia agak terkejut dengan ceritaku berkenaan ae yg terjadi di klinik kerajaan tadi.

Lalu dia minta aku makan ubat yang diberi dan kita tunggu dan lihat selepas 2 jam macam mana...makin baik atau sebaliknya...tepat jam 9.45 malam kawanku menelefonku ut bertanya berkenaan keadaanku...aku memberitahu yg keadaan sama je.so,dia memberitahu akan menemaniku ke hospital.seorang warden asrama membuatku terharu apabila dia sering menelefonku beberapa kali utk bertanya keadaan semasa ku.

Tibanya aku di hospital,kami terpaksa menunggu 50 org secara tepat sehingga tiba giliranku..namun alhmdulillah pengiraan angka 50 org itu agak cepat sehinggak aku hanya menunggu kurng dari 30 minit...entahlah,macam mana sistem hospitality kat kuwait nih...bukan nak hina tp pelik.yg lucunya apabila tiba di sana kawanku utk mengambil course nursery tu bgtau yg dia terpaksa ke ahmadi kerana ade urusan penting di sana.huhu.redha je laa...namun bila aku masuk ke dalam tempat pemeriksaan doktor itu melayaniku dengan baikdan sopan,walaupun dia seorang lelaki.alhamdulillah...Aku diberi suntikan di salah satu bahagian badanku...

jam ketika itu menunjukkan pukul 11.10 malam ketika aku tiba di asramaku,driver bas asrama pun mengantuk.kesian dia,namun jasa dia pada diriku sebagai seorang pelajar sentiasa aku hargai.ketika kakiku melangkah masuk ke pagar asrama..bodyguard asramaku terus memanggilku bahawa ustaz mahu bercakap denganku,...rupanya kepulanganku sedang dinantikan.alhamdulillah,aku menerangkan secara ringkas apa yg telah aku alami kepada ustaz tersebut...then,belum pun sempat aku meletak ganggang telefon di bilik 'jaga',hp ku berdering ustaz lain plak call,alhamdulillah terharu rasanya...walaupun terasa diri ini tidak layak utk menerima layanan sebaik ini.

Keesokan harinya,aku terasa kepanasan badanku bertambah teruk...memang sudah aku jangkakan...alhamdulillah aku dah beritahu awal-awal kat syabab IMPEMAS bahawa aku tak dpt dtg utk majlis ta'aruf yg sepatutnya aku hadiri dan juga ijtima' majlis syura yg sudah ku rancangkan...tanpa berlengah mlm hari tersebut aku pergi semula ke hospital.Kali ini aku ditemani oleh 2 org kawanku,utk dipendekkan story,aku diberik suntikan sekali lagi,aku redha..dan pada malam tersebut ahamdulillah panasku berkurangan sehinggalah diwaktu aku menulis diari ini.


P/S:ana harap kita semua redha dengan semua ujian yang ALLAH berikan kepada kita tidak kira walau dengan apa keadaan sekalipun...mungkin harta mungkin juga kesihatan dan mungkin juga keluarga dan banyak lagi..yang penting sama-sama kita tabahkan diri kita,ape yang penting adalah kejayaan di akhirat kerana itulah yang kekal abadi.'KITA MERANCANG,ALLAH MERANCANG,DAN ALLAH ADALAH SEBAIK-BAIK PERANCANG'

WAALLAHUa'lam.

Monday 14 September 2009

laporan IAM


alhamdulillah,akhirnya program yang ingin ana buat sudah tercapai...penat memang tidak dapat dinafikan kena 'drive' dari kuala terengganu ke kelantan.sebenarnya ni paling jauh pernah ana drive..hehe..apepun terima kasih kepada umi dan abah atas sokongan yang diberikan...terima kasih kepada semua yang telah memberi sokongan untuk mangadakan program yang bagi ana amat sukar untuk diadakan di Malaysia...semoga ALLAH sentiasa merahmati usaha kita semua insyaALLAH..

Wednesday 11 February 2009

cerpen: sahabat sejati

Hayati mengemas pakaiannya ke dalam "back-pack"nya, sementara menunggu laptopnya "turn-off". Kemudian, dia memperosokkan sahaja laptopnya ke dalam "back-pack"nya. Zuraida, teman sebilik Hayati memasuki bilik sambil membawa secawan kopi yang baunya semerbak sehingga memenuhi atmosfera bilik mereka.

"Awak tak tido umah malam ni ke?" tanya Zuraida.
Hayati sudah mengagak pertanyaan tersebut, lalu tersengih sahaja.

"Huhu.. Sedihnya saya tinggal sorang-sorang lagi dalam bilik malam ni, tak de orang nak tolong segarkan saya kalau mengantuk masa study," Zuraida merengek.

Hayati memakai tudungnya, sambil meniup-niup bucu tudungnya supaya kemas. "Alah awak ni, tiada keupayaan dan tiada kekuatan melainkan dengan Allah. Doa la banyak-banyak supaya Allah segarkan awak. Kadang-kadang, saya ni menggalakkan awak tido lagi ade lah."
Zuraida mencebik. "Awak tido rumah sape pulak malam ni?"

"Rumah, err.. rumah.. Huda." Hayati teragak-agak ingin menyebut nama Huda, kerana ini merupakan kali ke 3 dalam minggu itu Hayati bermalam di rumah Huda. Huda merupakan junior kepada Hayati, dia merupakan seorang muslimah yan gmempunyai keperibadian yang tulus, walaupun masih belum memahami tanggungjawab dakwah dan masih belum memahami sepenuhnya erti islam yang syumul.

Sejak Huda baru sampai ke bumi "Down Under" ini, Hayati telah pun menjalinkan hubungan akrab dengannya. Maklumlah, sayanglah sekiranya jiwa yang baik disia-siakan potensinya.
"Awak nak ikut, Zuraida?" Hayati cuba menghangatkan suasana.
Muka Zuraida terus berubah ceria, "Boleh juga!"

Walaubagaimanapun, ada konflik yang berlaku di dalam diri Hayati, dia dapati dalam dia memenangi hati mad’unya, kadang-kadang dia terasakan seperti mengabaikan hak sahabat-sahabatnya yang lain. Walaupun begitu, sahabat-sahabat serumahnya sangat "supportive", dan sering memberi kata perangsang, serta ada kalanya sekiranya Hayati tidak sempat melaksanakan tugas mengikut "duty roster" rumah, pasti ada sahabatnya yang lain akan membantunya, terutama sekali Zuraida.

"Tunggu saya kemas barang saya kejap ye!" kelam kabut Zuraida meletakkan cawan kopinya dan terus mengemas barang serta menyalin pakaiannya.
Hayati dan Zuraida berjalan menuju ke stesen bas.
Zuraida melihat jadual bas, "Pukul 5.30 p.m baru bas sampai, sekarang baru pukul 5.15 p.m"
Hayati mengangguk, "Tak pe lah, kita dok sini dulu sembang-sembang"
Zuraida sengih lagi.

"Awak tau tak…" Zuraida memulakan bicara.
"Tak tau, hehe" Hayati berlawak.
"Tak pe lah.. tak jadi bagitau la kalau cam tu.." Zuraida terus merajuk.
"Alah, awak ni.. Saya gurau je.." Hayati cuba memujuk.

Zuraida memaksa dirinya untuk senyum kembali. Entah mengapa, sejak akhir-akhir ini, dia sangat mudah terasa dengan Hayati. Jauh di lubuk hatinya, Hayati merupakan sahabat yang paling dia sayang di kalangan sahabat-sahabat serumahnya. Mungkin kerana itu dia mudah terasa dengan setiap tindak-tanduk Hayati. Namun begitu, Zuraida merupakan orang yang pandai menyembunyikan emosi di sebalik senyumannya yang kelihatan tenang.




"Awak tau tak, dalam banyak-banyak kawan kita.. Awak la yang paling saya….." belum sempat Zuraida menghabiskan ayatnya, tiba-tiba kedengaran bunyi hon dengan suatu suara kuat.

"Assalamualaikum.. Nak pegi mana tu?" Rupa-rupanya Sufiah. Sufiah "pull-over" kereta kecilnya yang berwarna merah. "Hayati, Zuraida.. Naiklah kereta saye ni. Tak sudi ke naik kereta buruk ni"
"Kami nak ke North Melbourne, are you heading that way as well?" tanya Hayati.

Zuraida yang belum sempat menghabiskan ayatnya, terkejut dengan kedatangan Sufiah. Zuraida tergelak kecil di dalam hatinya, dia terbayangkan Sufiah ibarat Mr Bean yang memandu kereta kumbang. Perbualannya dengan Hayati termati begitu sahaja.

"Come in, come in. Have a ride. I’m heading to Docklands. Boleh drop korang kat North Melbourne." Kata Sufiah.

Dalam kereta, Sufiah memasang lagu UNIC, Sahabat Sejati. Zuraida yang duduk di belakang tiba-tiba membuka bicara, "Yati, ni lagu untuk awak." Hayati senyum, "Terima Kasih". Sufiah pula mencelah, "Saya ni tak de orang nak dedicate lagu ke?". Ketiga-tiga orang sahabat tersebut tertawa.

Zuraidah memandang Hayati yang sibuk berceloteh bersama Sufiah. Zuraida mengalihkan pandangannya ke luar. Lagu terus berkumandang,

"Ku biarkan pena menulis
Meluahkan hasrat di hati
Moga terubat segala
Keresahan di jiwa
Tak pernah ku ingini"

Mungkin Hayati tidak mendapat mesej yang ingin disampaikan oleh Zuraida.

Zuraida sangat bersyukur kepada Allah, kerana mengurniakan seorang sahabat yang mempunyai semangat juang yang tinggi. Hayati merupakan sahabat fillah yang pertama yang Zuraida kenali. Hayati banyak memberi sokongan kepada Zuraida di dalam pelajaran, maklumlah Hayati pelajar yang cepat tangkap pelajaran. Namun begitu, sejak mereka melangkah ke tahun dua universiti, dan sejak mereka menerima kedatangan adik-adik baru, mereka jarang dapat menghabiskan masa bersama sepertimana dahulu. Zuraida sangat khuatir sekiranya dia ketinggalan, dari segi pelajaran, dari segi dakwah, dari segi tarbiyah, dari segi bilangan mad’u, dari segi segala segi.

Zuraida terus memerhatikan Hayati, ditenungnya sahabat itu puas-puas dan berdoa di dalam hatinya, "Ya Allah terimalah segala amal sahabat ku ini, dan ikhlaskan dia. Dan kuatkan dia sekira dia berasa lemah, dan ikhlaskan dia tatkala dia mengharapkan sesuatu selain Engkau"

Tiba-tiba, Zuraida terasa hatinya sangat lapang. Inilah yang dia mahu rasakan, selama ini perasaannya risau, sedih, bercampur-baur apabila Hayati sudah jarang bersamanya.

Benarlah seperti nasihat Kak Elin, "sekiranya kita ada rasa berat hati dengan seseorang, kita segera doakan kebaikan untuk dia, insya-Allah, syaitan yang cuba hasut kita tu akan lari lintang pukang. Dan malaikat pula akan mendoakan perkara yang sama untuk kita."

Ini membuatkan Zuraida tersedar, bahawa kebergantungan yang mutlak itu terletak pada Allah. Dan sekiranya seorang insan itu tidak diberi penghargaan, dia tetap menjadi seperti pokok. Pokok yang menurunkan buah apabila dibaling batu.

Zuraida mahu berlari seperti orang lain, berlari menuju jannah insya-Allah, sama-sama tabah dan kuat dalam membawa risalah perjuangan anbiya’. Tapi, kadang-kadang, dia letih. Kerana lupa mengukur kapasiti diri. Mungkin kerana terlupa, Allah melihat usaha seseorang, dan bukan natijahnya.
Tapi, menjadi kebiasaan manusia. Sangat mengharapkan hasil positif di depan mata.
Zuraida terkenangkan Nabi Nuh, kisah dakwahnya di dalam Al Quran. Di dalam surah Nuh, Nabi Nuh merintih kepada Allah, beratus-ratus tahun, pagi sehingga malam menyeru kaumnya, tetapi hasilnya, hanya menyebabkan kaumnya semakin jauh daripada Allah.

"Ah, masakan aku yang baru setahun jagung dalam dakwah ini, mudah sangat putus asa ," getus Zuraidah dalam hati.
Hayati melihat "rear-view mirror", ternampak muka Zuraida yang serius.
Hayati membisikkan sesuatu kepada Sufiah, dan Hayati membawa keluar "handphone"nya.

Hayati menaip sms, "Salam, Huda. Maaf akak tak jadi ke rumah awak malam ni. Ada hal sikit. Nanti akak hantar pengganti akak pergi umah awak ye, hehe."
Sufiah membuat "announcement", "Baiklah, kita dah sampai Docklands. Selamat makan aiskrim Dairy Bell, jangan lupa saya."

Zuraida tercengang, Hayati turun dari kereta dan membuka pintu belakang, lalu menarik tangan Zuraida. Zuraida tercengang, "Eh, tadi Sufiah kata dia yang nak ke Docklands." Sufiah terus memecut laju ke destinasi barunya. Kereta kecil merahnya berderum hebat.
"Jom la kita makan aiskrim sama-sama. Dah lama tak "outing" berdua," Hayati mengajak Zuraida.

Zuraida akur sahaja. Dia terasa pelik, kenapa tiba-tiba Hayati tidak jadi pergi ke rumah Huda.

Hayati membeli aiskrim Chocolate Chips, dan mengambil 2 batang sudu kayu, "Jom dok kat tepi jeti tu.."





Hayati mula bicara, "Tadi kat stesen bas, awak nak cakap sesuatu kan…."
Zuraida tersenyum sahaja.
Hayati bicara lagi, "Awak tak boleh tipu saya dengan senyum tenang awak nih…."

Zuraida tersenyum lagi. Tapi, senyuman itu diikuti dengan air mata.

"Tadi saya nak cakap lain, tapi sekarang Allah ilhamkan saya untuk cakap sesuatu yang lain kepada awak," kata Zuraida, matanya berkaca-kaca.
Hayati mengangguk, "Cakaplah.."
"Kalau awak nak masuk jannah, jangan tinggalkan saya." Zuraida berkata sambil menahan air matanya yang semakin laju.

Hayati sangat terharu. Dia tidak pernah terbayangkan bahawa ada orang yang akan berkata begitu kepadanya, Hayati tak tahu nak respon macam mana, sedangkan dia sendiri pun terhuyung-hayang dalam perjalanan mencari syurga Allah.


Maksud sepotong ayat Al Quran, " Di hari akhirat, terputus segala perhubungan kecuali orang-orang bertaqwa. " Sungguh mudah untuk bercakap soal ukhuwah islamiyah. Namun nak menzahirkannya payah, apatah lagi hendak mengukuhkannya di dalam hati.

"Saya tahu Allah beri awak banyak kelebihan berbanding saya, moga Allah melindungi saya daripada hasad dan dengki, dan moga Allah menjauhkan awak daripada ‘ujub dan riya’ ," Zuraidah menghela nafas panjang. Aiskrim Chocolate Chips tidak mampu menarik seleranya.
Hayati terpaku. Dia seakan-akan dapat membaca apa yang dirasai oleh kawannya. Benarlah seperti apa yang dia rasai selama ini, tindak-tanduknya yang banyak mengabaikan hak-hak sahabat-sahabatnya mampu mengundang virus ukhuwah.

"Saya nak minta maaf atas salah silap saya. Saya tau saya banyak tinggalkan awak sorang-sorang. I am lost myself. Kononnya keluar berdakwah tapi, banyak yang lain pula saya abaikan," Hayati mula meluahkan isi hatinya.

Zuraidah berkata, "Saya pun minta maaf, asyik kadang cebik muka. Tapi, tak perlu lah kita mengungkit salah silap kita yang dahulu. Apa yang sudah tu sudah.."
Hayati menyambung, "Betul? Kosong-kosong!"
Zuraidah pula berkatai, "Kosong-kosong!"

"Insya-Allah, kita akan saling mengigatkan. Time kena study, kita pulun habis-habisan. Time kena keluar berdakwah, kita mujahadah sehabis baik, jaga amal fardi.. Kejutkan qiyam, ingatkan supaya puasa sunat!" Hayati mula meng"list-out" perjanjian di antara mereka.

"Kena tunai hak pada semua pihak yang ada hak ke atas kita, kena berlapang dada dan menerima setiap sahabat kita seadanya, saling memperingatkan, walau kita "fastabiqul khairat", mudah-mudahan ada persaingan sihat.. dan last sekali …outing kat charcoal chicken dengan geng rumah dua minggu sekali, hehe.." Zuraida menyambung.

"Lillahi ta’ala!" Zuraida dan Hayati menyebut kalimah "kerana Allah ta’ala" serentak. Mereka tersenyum sesama sendiri.

"Jom makan aiskrim ni dah cair!!" Zuraida menyogok sesudu aiskrim kepada Hayati.
"Hehe.." Hayati tergelak kecil.
"Er… kita nak tido mana ye malam ni?" Zuraida bertanya.
"Hehe.. tak pe, kita tido kat bilik kita yang best tu lah… Sufiah tido kat umah Huda, insya-Allah" jawab Hayati. Zuraida terbayang Sufiah bersama kereta merahnya menuju ke rumah Huda. Sufiah memang seorang sahabat yang "sporting" dan lucu.

Kedua-dua sahabat itu tersenyum. Moga Allah memberkati persahabatan mereka, dan meneguhkan hati-hati mereka di atas jalan dakwah hingga bertemu denganNya. Itulah doa mereka berdua.