Wednesday 10 March 2010

muhasabah cinta

            "Alangkah indahnya hidup ini"...


             Rasa2 nyer kata2 itu adalah kurang tepat untuk digambarkan dan ditulis oleh sesiapa?mengapa ek?emm...Mestilah!...Hidup yang bersifat sementara,pastinya keindahan itu pun hanya bersifat sementara..mana yang akan kita pilih,keindahan yang bersifat sementara ataukah yang kekal abadi....



             "Bekerjalah kamu seolah-olah kamu akan hidup selamanya,dan beramal lah kamu seolah-olah kamu akan mati di esok hari".Amat penting kepada kita semua dalam alam remaja untuk belajar cara-cara menjadikan aktiviti dunia dan akhirat kita seimbang...namun tak semestinya aktiviti dunia itu tidak bermakna..bukankah amalan dunia itu yang akan menjadi bekalan di akhirat...



             Tidakkah terdetik kepada kita untuk berfikir,bukankah islam tidak menghalang kita untuk merasai keindahan kehidupan ini walaupun ia bersifat sementara,jadi sudah pastinya kita perlu menggunakan akal istimewa kita ini untuk menjadikan kehidupan ini indah di dunia dan seterusnya indah di akhirat..ketahuilah kawan2,islam tidak menghalang kita untuk berseronok,cuma biarlah kena pada tempatnya,islam tidak menghalang kita untuk release tension..tetapi bukanlah dengan membuat maksiat...

            Jadi sama-samalah kita fikir balik bagaimana kita menjadikan kehidupan yang sementara ini sebaik yang mungkin dan pada masa yang sama memperoleh balasan yang terbaik di alam yang kekal abadi di akhirat insyaALLAH.

best regards,

0 comments:

Post a Comment