Sunday 5 September 2010

Pengalaman Buka Puasa


Hari ini terasa diri terpanggil untuk menulis berkenaan majlis berbuka puasa yang telah dihadiri sepanjang bulan ramadhan.Apa yang menarik,terdapat 2 tempat yang telah ana hadiri dan kedua-dua tempat ini cukup berbeza untuk dibandingkan…

1)Siapa yang tak kenal dengan hotel Felda Residense  di Kuala Terengganu yang mempunyai aras dan ketinggian melebihi 19 tingkat ni..
 ~Hotel Felda Residense,Kuala Terengganu~


               Lokasinya yang terletak bersebelahan dengan sungai terengganu memang mengasyikkan dan menjadikan ia bukan sebarang hotel di negeri 'minyak' ni...kalau kat kelate macam Hotel Grand Riverview yang sebelumnya dikenali sebagai Hotel Diamond.
 pemandangan dari atas

             Tingkat teratas itulah aku dan adik-adikku  ditugaskan oleh ayahku untuk berbuka puasa disebabkan ayah dan emakku n adik perempuan yang lain sudah mempunyai jemputan lain di Taman Tamadun Islam.Ketika sednag 'mendaki' naik ke tingkat atas,lif bercermin yang menghadap ke arah sungai memang mnggayatkan ku.

Memang 'cool' lah masa tengah makan sebab kakak waiter ni siap speaking lagi 'excuse me'..kita jawab  bahasa ibunda jelah...ana rasa dah pakai baju melayu biasa dah..takkan nampak macam orang puteh kot.nak cakap smart..huhu..complicated...mungkin sebab adik bingsuku tu ade meh2 ong puteh kot.Suasana di sana memang cukup meriah dengan gelak tawa para hadirin.

2)Berbeza pula dengan tempat ke-2 ini iaitu di Masjid Sultan Zainal Abidin atau lebih dikenali dengan masjid puteh oleh masyarakat tempatan.Harap pembaca tidak keliru dengan masjid baru yang mempunyai nama yang serupa tapi tak sama di putrajaya yang dikenali dengan masjid besi.
masjid puteh

                  Aku dan adikku seperti biasa kali ini ditugaskan berbuka puasa di masjid pulak...takpelah..kata orang ganu..nok wat guane'...
                Suasana di sana memang cukup tenang.Kebetulan tempat aku duduk tu semeja dengan orang-orang miskin.Memang di situ nampak perbezaan,ada tempat tu pakaian kemas molek.Tapi apa yang menyeronokkan adalah...mase duduk dengan orang-orang miskin ni banyak memberi kesedaran kepadaku dan adikku....kadang-kadang terasa diri ini terlalu sombong,padahal siapalah lah sangat kita kan...lagi-lagi di hari kahirat kelak.entah-entah kita lagi hina dari mereka..siapa tahu?jadi di bulan ramadhan yang mulia inilah peluang untuk kita merasai kesusahan yang mereka alami. 

 اللهم إنا  نعوذبك من الكفر والفقر
maksudnya
ya Allah,jauhkanlah kami dari kekufuran dan kemiskinan

yang menulis   

0 comments:

Post a Comment