Hari raya aidil adha kali ni yang sememangnya sudah lebih 5 tahun ana menyambutnya di perantauan telah menjadi kebiasaan buat diri ini...perasaan rindu dengan keluarga tersayang agak surut sedikit..kenapa yee?mungkin sebab tanggungjawab yang dipegang sentiasa bermain di dalam fikiran...
Teringat ana pada pesanan seorang abg senior dari singapore yang kini sedang menuntut di Malaysia ketika ini,dia pernah berpesan kepadaku utamakan 2 perkara dalam kehidupan kita,agar mudah-mudahan hidup kita sentiasa bahagia di dunia dan akhirat... Apakah 2 perkara itu..katanya:
1-agama
2-keluarga
Hari ini kata-kata itu singgah kembali di ingatanku...cuma baru terasa masa untuk keluarga,masa untuk kawan-kawan tidak dapat ana berikan seperti dulu....KENAPA?memang ana perlu sedar nak tak nak memang ana perlu melaluinya kerana ana tahu dan yakin jawapan tersebut mesti ade kaitan dengan post ana yang lepas..
khusyuk bertakbir
semua pelajar IMPEMAS sedang beramah mesra setelah usai menunaikan solat hari raya
pelajar Malaysia bergambar bersama pelajar singapura
Di kesempatan ini ana mengucapkan Selamat menyambut Hari Raya Eidul Adha maaf zahir dan batin buat semua sahabat-sahabat tidak kira di mana jua antum berada!!!
0 comments:
Post a Comment