Monday 7 December 2009

Muhasabah Diri

"Sesungguhnya ALLAH menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil.Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu.Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat"
-An-Nisaa':58



           Setelah diri ini dilantik untuk menjadi seorang pemimpin,banyak yang telah dipelajari.Dengan bertemakan tajuk di atas,izinkan saya memetik makna Firman Allah sebagaimana tertulis di atas iaitu bila mana kita menetapkan sesuatu,maka tetapkanlah ia dengan adil.


           Menjadi seorang ketua bukanlah suatu perkara yang mudah seperti yang selalu saya fikirkan sebelum saya memegang jawatan ini..Malah ia memerlukan 'ilmu' dalam setiap perkara yang diputuskan.Dengan ilmu,manusia dapat membuat setiap keputusan dengan lebih bijak.Oleh itu saya perlu lebih banyak membuat kajian dan menimba lebih banyak ilmu.Apa jua perkara yang diputuskan,kita mesti berani.Maksud berani di sini adalah berani dalam menghadapi cabaran.

          Mungkin ramai pembaca tertanya-tanya,apakah cabaran yang dimaksudkan?Cabaran yang dimaksudkan adalah:
1-cabaran menerima keritikan.
2-cabaran berazam untuk tidak mengulangi kesilapan yang sama.
3-cabaran untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan

          Kadang-kadang saya terfikir sendirian,ahli-ahli persatuan di bawah saya (3 persatuan yang saya pegang ketika ini) boleh dikatakan ada diantara mereka yang lebih tua dari saya dari segi umur.Bila saya lakukan sesuatu keputusan yang mereka tidak puas hati,saya yakin tentu ada diantara mereka yang merasakan saya tidak menghormati mereka selaku seorang abg senior saya.

         Perkara sebegini tidak terkecuali kadang-kadang berlaku kepada kawan-kawan sebatch dengan saya dan adik-adik senior yang saya hormati lagi dikasihi. Tidak ada apa yang mampu saya ungkapkan melainkan dengan ucapan "saya meminta maaf di atas kekurangan diri ini".Ucapan minta maaf bukanlah bererti saya merendahkan diri saya namun perkara tersebut saya akan perbaikinya di masa akan datang insyaALLAH.

         Ucapan khas saya tujukan buat abg-abg senior saya;Perasaan kasih saya pada kalian tetap sama sepertimana sebelum saya memegang jawatan-jawatan ini.Kadang-kadang teringin bersama kalian seperti dulu,namun saya selalu mengingatkan diri saya,sekarang saya ada pertambahan dalam tanggungjawab saya sebagai seorang pelajar seperti kalian.

         Buat pelajar yang se-batch dengan saya;Saya harap kita semua sentiasa bersama dalam apa jua keadaan walaupun jarak memisahkan kita,namun pertalian ukhuwwah sentiasa dijaga...

         Buat adik-adik junior saya terutama yang berada di kuwait,saya mengucapkan terima kasih kepada kalian yang sentiasa membuat hati saya ceria bersama kalian semua...,

         Tidak dapat saya nafikan,saya melihat pelajar IMPEMAS khasnya,antara kami sentiasa ada perasaan hormat menghormati...Perasaan sebeginilah yang sentiasa perlu ada dalam satu-satu kumpulan.Sebelum saya merehatkan diri di kamar malam ini,suka saya selitkan kata-kata ini sebagai renungan kita bersama:


Pada waktu Saidina Abu Bakar Assidiq dipilih menjadi kholifah beliau berkata; “Aku diangkat menjadi pemimpin kalian tapi bukan berarti aku yang paling baik dari kalian. Sekiranya aku melakukan kebaikan maka kalian harus menolongnya dan sekiranya aku berbuat salah maka kalian wajib meluruskan dan mengingatkan. Kejujuran adalah amanah dan berdusta adalah khianat dan pengingkaran terhadap yang benar. Orang-orang yang lemah diantara kalian, bagiku adalah orang kuat hingga aku memberikan haknya. Dan orang-orang yang kuat diantara kalian, bagiku adalah lemah hingga aku ambil hak-hak itu darinya.”

sekian,waALLAHUa'lam
wassalam
-abdussalam-
Presiden IMPEMAS 2009
Presiden PPMK 2009/2010
Presiden Asrama Pelajar Kolej 2009/2010

0 comments:

Post a Comment