Thursday 6 January 2011

Exam, exam and exam

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi maha Penyayang...

  Gambar hiasan seorang graduan dari kolejku tahun lepas.. ^_^  
         Pada ketika ini,semua pelajar malaysia khasnya dan melayu amnya yang sedang menuntut di bumi Kuwait sedang sibuk dengan exam.
        Peperiksaan kadang² merupakan sesuatu yang ditakuti oleh sesetengah pelajar.Dan ana yakin sebilangan besar pelajar Malaysia di sini tidak takut dengan peperiksaan kerana boleh dikatakan mereka yang datang ke Kuwait ini bukan calang² pelajar (kecuali ana ^_^).Perkara ini memang tidak dapat dinafikan memandangkan terdapat sumber yang boleh dipercayai mengatakan pelajar malaysia di peringkat sekolah menengah majoritinya telah memperolehi 90% ke atas dalam ujian bulanan lepas.(tahniah!).

        Cuma kali ana ingin mengajak pembaca sekalian untuk mengkoreksi kembali berkenaan perkara ini.Dalam usrah ana yang lepas,kami ada menyentuh satu tajuk yang merupakan perkara pertama yang selalu disentuh terutama dalam ibadah kita kepada Pencipta kita.Apakah itu ?
         Jawapannya adalah niat.Marilah sama² kita tanya diri kita kembali mengapakah aku belajar?adakah semata-mata untuk memperolehi markah yang terbaik dalam kelas?dan seterusnya mendapat pujian rakan² dan mendapat hadiah dan suka untuk menguar²kan agar disanjungi apatah lagi disegani oleh rakan² kita di Malaysia sana?Atau sekadar menyempurnakan tugas kita sebagai seorang pelajar sebagaimana pesanan kedua ibu bapa kita di lapangan terbang?Sesungguhnya bukan itu wahai sahabat² yang perlu kita dambakan.

          Tidak salah untuk berusaha dan seterusnya berjaya kerana itulah yang sepatutnya,cuma jangan kita terlupa satu perkara penting iaitu niat.Sertakan lah usaha itu dengan niat.Sungguh beruntung mereka yang meletakkan niat untuk mencari keredhaan ALLAH.Betapa untungnya lagi mereka yang menyertakan niat untuk menyumbang kepada ummah di masa hadapan.

           Sebelum ana akhiri tulisan ana kali ini,ana berharap kita semua dapat sama-sama menyumbang sesuatu dalam masyarakat islam suatu hari nanti,izinkan ana akhiri post kali ini dengan hadis di bawah:

إنما الأعمال بالنيات وإنما لكل امرئ مانوى فمن كانت هجرته إلى الله ورسوله فهجرته إلى الله ورسوله ومن كانت هجرته لدنيا يصيبها أو امرأة ينكحها فهجرته إلى ما هاجر إليه. متفق عليه

Sesungguhnya setiap perbuatan[1]) tergantung niatnya[2]). Dan sesungguhnya setiap orang (akan dibalas) berdasarkan apa yang dia niatkan. Siapa yang hijrahnya[3]) karena (ingin mendapatkan keridhaan) Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada (keridhaan) Allah dan Rasul-Nya. Dan siapa yang hijrahnya karena menginginkan kehidupan yang layak di dunia atau karena wanita yang ingin dinikahinya maka hijrahnya (akan bernilai sebagaimana) yang dia niatkan.


1. Yang dimaksud perbuatan di sini adalah amal ibadah yang membutuhkan niat.
2.  Niat adalah keinginan dan kehendak hati.
1. Makna kata "Hijrah" secara bahasa: meninggalkan, sedangkan menurut syariat artinya: meninggalkan negeri kafir menuju negeri Islam dengan maksud bisa melakukan ajaran agamanya dengan tenang. Yang dimaksud dalam hadits ini adalah perpindahan dari Mekkah ke Madinah sebelum Fathu Makkah (Penaklukan kota Mekkah th. 8 H).
.
Sekian,

0 comments:

Post a Comment