Saturday 19 February 2011

Turki...Costantinople

    Turki dalam kenangan!


            Pengembaraan bermula dengan bacaan doa selamat.Alhamdulillah semua persediaan berjalan lancar. Di lapangan terbang,check in sedikit lewat kerana flight yang kami naiki transit ke Dubai agak penuh dan semua check in lewat..haaa!.Oleh itu berlaku sedikit delay dari masa yang sepatutnya.
Dubai: Masa kami di Dubai terlalu singkat akibat delay dari Kuwait. Kami sempat solat subuh dan terus bergegas naik ke kapal terbang yang sedang menunggu kami.Memang diorang sedang mencari kami sampai flight lewat 10 minit.haha~Percaya atau tidak kami adalah the last two persons to be.huh!alhamdulillah!!!
Hari Pertama di Turki:
        Alhamdulillah!bersyukur jugak selamat tiba di negara yang mempunyai 2 benua ni.Asia dan Eropah.Visa untuk warganegara Malaysia adalah VOA(Visa On Arrival),dan yang paling penting FREE of charge. Untuk warganegara Thailand visa perlu diapply di Turkey Embassy di Kuwait dengan bayaran KD17(RM190+-).
       Pengalaman pertama yang kami dapat,kami telah berkenalan dengan seorang lelaki yang bukan calang-calang orang ketika tiba di lapangan terbang Sabiha,Turki.Beliau mempunyai 2 buah syarikat decoration di Amman dan Qatar.Jumlah pekerja beliau ketika ini adalah 60 orang. MasyaALLAH!alhamdulillah gembira dapat berkenalan dengan orang yang kaya dan baik.Actually kami tersesat ketika sampai di sini.Beliau telah menolong kami kerana beliau dapat bercakap bahasa turki dan sempat memberi beberapa peringatan berkenaan negara Turki  ini.

Akhirya kami tiba di rumah kawan abang anas.Wah!cantik dan selesa jugak rumah dia nie.Beliau tinggal bersama  4 orang yang lain.Ape yang menarik,mereka tinggal serumah dengan berlainan bangsa dan agama.^_^.Seronok tinggal bersama mereka...Pengalaman baru yang kami dapat!
inilah jambatan yang memisahkan antara benua asia dan eropah

harga minyak di sini terlalu mahal sehingga mencecah RM6 + untuk 1 liter untuk RON97...huhu
gambar ni diambil ketika aku berada di dalam feri dalam perjalanan dari istanbul ke bursa
beratur untuk mengambil makanan..

inilah makanan tengahari di asrama pelajar di Turki...very simple...
memang jauh berbeza dengan cafeteriaku di Kuwait...
 
 suasana ketika makan tidak jauh berbeza...

 ni makanan pencuci mulut...yang ni cafetaria aku kalah bab ni..hehe..

 makanan tradisi di Turki....best jugak dapat merasa makanan unik ni...memang sedap...makanan ini adalah sponsor dari orang yang memakai topi kat bawah nih!memang baik betul....
itulah orangnya paling kanan sekali

ini dia orang tempatan yang sempat bergambar denganku...mereka memang peramah.. ^_^

Percaya atau tidak inilah antara kucing jalanan di Turki,,,huh!kalau di malaysia kucing ni harga dalam ribuan ringgit laaa!!aku ulang..kucing jalanan ek!memang banyak pulak tu kat tepi2 jalan..geram rasa nak amik bawak balik,tapi sayang...

dikenali dengan nama bukit Uludag di Bursa...ketinggian melebihi 1800 m...aku menemani rakanku main ski kat atas bukit nih..nak main tapi dah letih sangat mendaki nak sampai ke sini...huhu
best2..pertama kali dapat sentuh ais yang asli ni...cam tak percaya!!!
eh2,betul ke pertama kali..ops..hehe..

 alhamdulillah kami sempat meluangkan masa untuk melawat babialem (salah satu organisasi yang bertanggungjawab dalam membantu hal ehwal pelajar overseas student) 

memang baik orang ni..nama dia __ latar belakang tu adalah masjid dan di sebelah masjid itulah kubur sultan muhammad alfateh...

 organisasi ini mempunyai sebuah bangunan persendirian yang mempunyai 5 tingkat...memang besar...gambar ini diambil di tingkat teratas bangunan.

 yang disebelahku tu namanya Ifran...sangat baik perwatakannya..aku kagum!
umur baru 15...pelajar Thai paling junior di sini...^_^

 kami sempat meluangkan masa menziarahi kubur Abu Ayyub Al-Ansari.

 ingatkan dah habis dah teroka Turki ni...rupanya belum lagi...masih banyak tempat yang telah aku lawati...nantikan dalam post yang seterusnya!..hehe.. dah tak larat nak letak ...

p/s:Dalam post yang seterusnya insyaALLAH sama2 kita amati dan kaji kembali bagaimana sultan muhammad alfateh berjaya menakluki Kota Contantinople...kota yang penuh dengan sejarah..masjid2 yang terkenal dengan keunikannya yang tersendiri di Turki,tak kurang juga pengalaman kami semasa di sana dan pelbagai sejarah lain yang terlalu banyak untuk diterokai.Semoga kita sama2 dapat manfaatkan apa yang telah berlaku dalam kehidupan kita inysaALLAH.


0 comments:

Post a Comment