Keadaan semakin buruk selepas BP juga mengakui gagal dalam usaha menutup telaganya yang pecah di Teluk Mexico menggunakan pendekatan ‘Top Kill’.Amerika kini berdepan bencana alam sekitar dan ekonomi kerana tumpahan minyak berkenaan adalah yang terbesar dalam sejarahnya.


Menyulitkan lagi usaha membersihkan laut ialah penggunaan bahan kimia baru untuk meleraikan minyak didapati menyukarkan proses mengasingkan air laut daripada minyak.
Saintis berkata, keadaan dasar laut yang dipenuhi minyak sejak April lalu diibaratkan seperti peti sejuk yang tidak dibuka sekali gus bakteria yang boleh meleraikan minyak tidak berfungsi dalam keadaan itu.
BP juga mengakui cubaannya menutup kebocoran menggunakan cara ‘Top Kill’ gagal.
Prosedur ‘Top Kill’ membabitkan usaha sejak empat hari lalu mengepam lumpur, kiub plastik, gumpalan tali dan bola golf ke dalam penyekat letupan, alat keselamatan lima tingkat di atas telaga bagi melawan kebocoran minyak.
BP kini mengkaji semula data bagi mencari pendekatan lain.
Kebocoran telaga Deepwater Horizon menyebabkan telaga itu umpama memuntahkan 14,000 hingga 19,000 tong minyak sehari ke Teluk Mexico.
Telaga BP itu dianggarkan menyimpan 50 juta tong minyak dan sehingga kini ia kehilangan 740,000 tong atau 1.5 peratus keseluruhan simpanannya. – sumber
1 comments:
testing..terima kasih
Post a Comment