Wednesday 26 May 2010

masih belum ketemu apa yang dicari???

Tahun ini 2010,sudah hampir 7 tahun aku di Bumi Kuwait...

        Spesifikasi laptop masih sama macam tahun lepas.Mula-mula masa balik Malaysia dulu nak tambah RAM,tapi laptop ni max dia hanya 2gb seperti yang asal,jadi tak dapat buat 'upgrade'.masih stay dengan Windows Vista Home Premium 32-bit,ATI grafik kad.Cuma akhir tahun lepas ade buat sedikit penambahan windows 7 Ultimate 32-bit dan akhirnya menjadi dual-OS,speaker Logitech 2.1,skrin 15.3 inch,microphone Genius,webcam Creative.



          Kalau ada orang yang datang ke bilik saya,mereka pasti akan nampak pelik sebab saya tak suka main game.Dalam laptop ni pun game best yang ada cuma Need For Speed, tu pun bukan yang latest.Mereka cuma tengok saya duduk depan komputer tak tau buat apa.Soalan utama yang selalu diajukan kepada saya 'Salam,buatlah facebook'.Jawapan istiqomah yang diberikan kepada semua 'Belum ada masa lagi/bz laa..'.ada satu simple game yang pernah saya main sehari suntuk nama dipanggil Bookworm Adventures Vol. 2,orang tengok nampak boring,macam takde game lain nak main.Tapi bagi saya,ia amat berguna untuk kita menambah perbendaharaan kata bahasa inggeris. :)

          Berkenaan antivirus,saya menggunakan antivirus Kaspersky 2010 Internet Security.Boleh kata yang terlatest setakat ini,walaupun dah keluar kaspersky 2011 beta.Saya dapati diri saya lebih cenderung untuk mengkaji virus-virus...entahlah kadang-kadang terasa pelik jugak.

          Sejak setahun yang lalu saya ada membeli sebuah tv second-hand  yang mempunyai lebih dari kurang 100 channel. Tapi malangnya,jarang sekali saya tengok.Sehinggakan bila orang datang selalu tanya 'Kenapa kau tak on tv ni'....haha...memang pelik.beli tapi tak guna.Saya tak kisah,sebab saya beli pun tujuannya sebagai hiburan untuk para tetamu... =D

          Handphone yang saya gunakan sekarang semenjak 2008 adalah Nokia N81,ia amat berguna kepada saya memandangkan saya banyak memegang jawatan pada tahun ini.Kalau diteliti kat call duration (dialled numbers dah:16 jam 21 minit 38 saat) dan (received calls dah: 46 jam 52 minit 11 saat).Mula-mula ingat nak tukar kepada yang latest,tapi rasanya tidak perlu membazir kerana handphone ni masih dalam keadaan baik.

________

________

________

           Kalau keluar gi mana-mana saya suka pergi tempat yang murah dan banyak bercakap dengan kawan yang bersama dengan saya.kadang-kadang ada orang suka keluar dengan saya,dan ada jugak kurang suka sampaikan malas nak layan.. =P Adakah saya seorang yang peramah?adakah saya seorang yang disegani?atau saya seorang yang membosankan dan tidak pandai bergaul dengan masyarakat?

tidak tahu.

tidak tahu.

tidak tahu.

           Saya pernah terbuka  website iluvislam.com berkenaan tajuk 'Diam boleh tak?'.dalam artikel tersebut ada mengatakan:
Kalau dia bercakap, takut-takut menyakiti hati orang,
Atau dia diam itu, menghormati percakapan orang


           Terus terang saya katakan,sebenarnya dah banyak saya belajar sepanjang 7 tahun ini.dan jujur nak dikatakan,masih banyak kesilapan-kesilapan yang perlu diperbaiki dari masa ke masa.Bergiat aktif dalam persatuan-persatuan banyak membimbing saya untuk menjadi orang yang lebih bertanggungjawab dalam apa jua kesilapan yang dilakukan dan lebih berani untuk menghadapi risiko.

           Kadang-kadang rasa nak jadi seperti 7 tahun dulu..jadi adik junior yang manja-manja yang selalu kena marah kat abang-abang senior.=P.Namun,Alhamdulillah, Hari ini tarikh hari lahir saya.Saya tetap gembira dengan apa yang saya ada sekarang...hari ini genaplah menjadi 22 tahun.

Selamat bermuhasabah diri dan selamat beramal soleh =) 

Kata-kata pujangga
 1#Ingat,hidup kita cuma sekali,hiasilah hidup kita dengan penuh keceriaan & kasih sayang,tapi jangan lupa selimutlah dengan keimanan,maka hidup kita akan bahagia di dunia mahupun di akhirat

2#"Menghairankan sekali,orang yang mencuci wajahnya berkali-kali dalam sehari,tetapi tidak mencuci hatinya walaupun sekali setahun."

3#Jangan mengeluh jangan mengalah positif dan optimis sentiasa bersangka baik jangan buruk sangka.

Best regards,

0 comments:

Post a Comment