Tuesday 18 May 2010

Takdir yang perlu diterima

          Semakin jauh aku dengan qur'an semakin gusar hatiku,itulah yang aku rasa ketika ini...Aku selalu sibuk dalam hal-hal yang berkaitan dengan persatuan,semakin sibuk aku,semakin takut ku rasa,takut kerana banyak masa yang aku habiskan tidak untuk muraja'ah al-qur'an yang sepatutnya menjadi kewajipan seorang hafiz al-qur'an....

         Aku tercari-cari ketenangan untuk diriku,pada mulanya,mungkin aku rasa aku terlalu pinggirkan sahabat-sahabatku,namun bila itu telah ku tunaikan,aku masih tidak ketemu dengan ketenangan hati yang ku harapkan...dan aku yakin ketenangan itu terletak pada al-qur'an.dialah bakal menjadi peneman hidupku di alam barzakh kelak dan di akhirat kelak insyaALLAH.


          Kehidupan kita sebagai seorang manusia,perlu sentiasa berusaha melatih diri untuk menjadi yang terbaik..ya..sebaik yang mungkin...berilmu dan beramal dengan ilmu yang dipelajari...aku sentiasa diselubungi ketakutan..takut dengan masa-masa yang aku habiskan pada perkara yang tidak berfaedah...


           Mungkin inilah namanya ujian daripada ALLAH,semoga kita semua diberikan kekuatan untuk menghadaoi segala ujian yang diberikan agar mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat..insyaALLAH...
sekian,
5.44 pagi(waktu kuwait)

0 comments:

Post a Comment